Simulasi Haji Cilik 2022 telah diadakan pada 6,7 dan 8 Julai 2022.
Pada awal pagi persiapan anak-anak memakai pakaian untuk membuat simulasi haji mereka itu. Anak-anak perempuan memakai kain telekung manakala anak-anak lelaki dibantu oleh guru kelas masing-masing untuk memkai ihram mereka. Sungguh comel melihat anak-anak memakai ihram dan kain telekung bersama tag nama bakal jemaah haji. Mereka juga berasa teruja memakai pakaian seperti itu. Dengan pakaian indah itu sudah tentu perlu mengambil gambar terlebih dahulu sebagai tanda kenangan nanti.
Mula-mula sekali anak-anak berkumpul di Padang Arafah dan mendengar sedikit taklimat dari guru . Guru turut bertanya kepada anak-anak tentang perkara yang boleh dilakukan semasa di padang Arafah. Banyak jawapan yang luar biasa yang diberikan dari anak-anak. Kemudian anak-anak pergi ke Mina dan bermalam di sana dengan arahan untuk menutup mata sebentar sebagai erti tidur di sana. Pelbagai gelagat mereka semasa menutup mata, ada juga yang baring di atas tikar.
Setelah itu anak-anak akan melontar jamrah. Seorang akan mengambil 3 biji batu dan melempar satu persatu batu itu ke Jamrah Aqabah , Wusta dan Ula. Mereka kelihatan tertarik untuk melontar batu-batu itu sehingga ada yang melontar lebih dari sepatutnya . Setelah selesai sesi itu anak - anak akan memulakan tawaf di kubah sebanyak 7 kali. Selesai tawaf anak-anak kemudiannya ke Safa dan Marwah untuK Sai'e . Mereka kelihatan seronok untuk berlari-lari anak berulang alik sebanyak 7 kali.
Akhir sekali anak-anak bertahallul, mereka begitu teruja dengan rambut mereka yang dipotong dan disimpan di dalam beg plsatik kecil dan di kepilkan bersama tag nama mereka. Anak-anak dengan bangganya ingin menunjukkan rambut mereka itu kepada ibu bapa mereka.
Semoga simulasi haji ini bukan sahaja memberi pengalaman baru, malah memberi pengetahuan baru yang berguna dan bermanfaat untuk mereka kelak.
Comments