19 September - 23 September 2022
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Tadika Huda Q bagi tujuan untuk menanamkan rasa minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains serta mengasah minda para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Program ini telah diadakan selama lima hari iaitu pada 19 September 2022 sehingga 23 September 2022. Empat hari sudah diperuntukkan untuk aktiviti eksperimen melibatkan mata pelajaran sains dan dua hari untuk aktiviti inovasi. Aktiviti yang telah dijalankan termasuk permainan interaktif sains antara kelas, eksperimen bertemakan bumi dan alam semula jadi, penerokaan haiwan, penerokaan deria sentuhan dan aktiviti membuat ABM berteraskan permainan bersama pelajar. Program ini amat bermakna bagi para pelajar kerana bukan sahaja dapat memupuk rasa ingin tahu tentang persekitaran mereka, pelajar juga diberi peluang untuk bermain sambil belajar.
Tema pertama adalah Eksperimen Bertemakan Bumi dan Alam Semula Jadi .Acara yang akan dilakukan adalah merupakan pengenalan warna pelangi dan pembentukan pelangi dimana anak 4 tahun terlibat untuk membuat aktiviti 'rainbow in jar' . Anak -anak perlu mencampurkan air suam , pewarna dan gula sebanyak 2 sudu bagi warna merah , 4 sudu untuk kuning , 6 sudu warna hijau dan 8 sudu warna biru.Mereka perlu mengacau sehingga gula larut. Dengan menggunakan penyedut minuman untuk menitiskan perlahan-lahan air hijau di atas lapisan biru dan tambah lapisan warna seterusnya menggunakan kaedah yang sama .Maka terhasilah warna pelangi di dalam cawan tanpa bercampur sesama warna . Anak-anak amat kagum dengan hasil yang dapat mereka lihat dari eksperimen itu. Acara kedua, adalah membuat buih . Bahan yang akan digunakan oleh anak-anak adalah 12 cawan air , 1 cawan sabun basuh pinggan, 1 cawan tepung jagung dan 2 sudu serbuk penaik. Semua bahan ini akan dicampurkan dan di kacau secara perlahan-lahan dan akan dibiarkan selama 1 jam sebelum menggunakannya. Semasa menunggu, anak-anak membuat eksperimen "rainbow walk" dimana anak-anak akan menyediakan beberapa cawan air yang telah dicampurkan dengan warna yang berbeza-beza .Celupkan satu hujung tisu ke dalam cawan air berwarna dan satu lagi hujung ke dalam cawan berwarna yang lain . Anak-anak terpegun melihat air yang bergerak melalui tisu dari cawan lain ke cawan lain dan warna yang terhasil setelah bertemu warna yang berbeza menambahkan lagi kekaguman anak-anak. Setelah selesai eksperimen tersebut anak dapat bermain buih dengan menggunakan campuran yang telah dibuat satu jam yang lalu . Anak-anak seronok dapat bermain dengan buih -buih diluar. Lebih seronok apabila buih yang mereka lihat itu terhasil dari bahan yang mereka buat sendiri.
Acara seterusnya yang melibatkan anak 5 tahun ialah pengenalan tentang salji dan empat musim , guru menceritakan tentang 4 musim yang wujud kepada anak-anak, kemudian melakukan eksperimen membuat salji menggunakan serbuk penaik . Anak-anak hanya perlu mencampurkan serbuk penaik tersebut dengan air mengikut kuantiti yang bersesuaian. Setelah dicampur, anak-anak perlu menggaul campuran itu sehingga mereka dapat membuat bentuk dari hasil campuran itu tadi. Seronok anak-anak dapat bermain dengan salji buatan itu dan mereka dapat membuat orang salji mereka sendiri. Anak-anak kelihatan tak jemu bermain dengan salji buatan itu . Pelbagai bentuk mereka hasilkan dari salji buatan itu,sehingga ada yang tak henti-henti bermain.
Acara bagi 6 tahun pula adalah pengenalan tentang gunung berapi dan bagaimana ia berlaku. Guru menunjukkan video tentang gunung berapi dan bagaimana letusan berapi itu boleh berlaku. Anak-anak amat fokus melihat bagaimana alam semulajadi dapat menghasilkan sesuatu yang menajubkan. Setelah selesai menonton video, giliran anak-anak pula mencuba dan mengalaminya sendiri. Langkah pertama anak-anak perlu menguli tepung dan air sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk. Adunan itu kemudian dibentuk di sekeliling botol menjadi gunung. Bentuk gunung itu diwarnakan dan dibiarkan kering. Apabila sudah kering anak-anak pun memulakan eksperimen gunung berapi. Bahan pertama yang akan dimasukkan adalah sabun kemudian pewarna merah , serbuk penaik dan akhir sekali cuka. Sesudah cuka dimasukkan anak-anak terpegun dan bersorak melihat letusan merah yang dikeluarkan dari gunung yang mereka bina. Kesan buih dari sabun memberi impak yang lebih menarik apabila letusan itu mengalir keluar. Anak-anak teruja melihat dan mereka seronok membuat letusan itu berulang kali.
Tema kedua pula adalah tema penerokaan haiwan , dimana anak-anak akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan yang memiliki habitat kehidupan mereka yang tersendiri serta mengenal ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Aktiviti yang dilakukan adalah mengelaskan haiwan dengan habitat mereka. Anak-anak diberikan gambar beberapa haiwan dan perlu melekatkannya di habitat mereka yang disediakan pada papan seperti hutan, laut dan kandang. Seterusnya anak-anak mengenal bentuk fizik haiwan dengan menyanyikan lagu yang berbeza-beza bagi setiap haiwan. Seronok dan bersemangat anak-anak menyanyi, dalam masa yang sama anak-anak mendapat ilmu baru tentang ciri-ciri setiap haiwan yang dinyanyikan.Dalam masa yang sama anak-anak dapat belajar tentang makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. Akhir sekali anak-anak perlu melukis habitat binatang seperti yang mereka pelajari sebentar tadi di atas kertas mahjong. Setelah selesai melukis dan mewarna mereka perlu mewarna pelbagai jenis haiwan dan mengguntingnya untuk dilekatkan di atas kertas mahjong yang mereka lukis , mengikut habitat mereka yang betul. Ramai anak-anak yang dilihat sudah faham dengan baik habitat haiwan - haiwan yang mereka kelaskan.
Tema terakhir iaitu Penerokaan Deria Sentuhan. Terdapat dua jenis deria sentuhan yang akan digunakan iaitu deria sentuhan tangan dimana anak-anak akan memasukkan tangan mereka ke dalam kotak yang berisi pelbagai objek yang mereka perlu meneka tanpa melihat. Satu persatu anak-anak memasukkan tangan ke dalam kotak , pelbagai riak wajah dapat dilihat daripada anak-anak. Antara objek yang dimasukkan adalah seperti kain, buku, pensil, patung beruang, tali , pasir , dan tepung yang digaulkan dengan air. Wajah anak-anak berubah geli apabila mereka menyentuh tepung yang lembut itu. Beberapa orang dari mereka dapat menjawab dengan betul. Deria sentuhan seterusnya pula adalah kaki yang dilakukan di luar kelas , dimana mereka perlu memasukkan kaki mereka ke dalam bekas yang dipenuhi dengan pelbagai jenis elemen secara berperingkat . Bekas pertama diisi dengan kertas yang ronyok dan kertas yang dikoyakkan, ini bagi memberi rasa yang kasar pada kaki anak-anak. Bekas seterusnya pula adalah pasir kinetik yang lembut. Bekas ketiga dipenuhi dengan batu-batu besar yang memberi kesan yang keras pada kaki. Isi di dalam bekas keempat banyak mengubah riaksi anak - anak . Ada yang teruja, ada yang geli dan takut untuk masuk . Bekas itu diisi dengan tanah yang dicampurkan air memberi rupa yang menggelikan kepada anak-anak. Ada juga anak-anak yang cepat-cepat melangkah ke bekas seterusnya dengan laju iaitu bekas yang diisi dengan air sabun. Mereka menggosok kaki di dalam air sabun tersebut dan melangkah ke bekas terakhir iaitu air bersih . Diakhiri dengan kain tuala untuk mengeringkan kaki mereka .
Bagi aktiviti ABM bersama guru, anak-anak akan mencipta permainan dengan menggunakan kotak. Bagi kelas 4 Ar Razi mereka mencipta tagram iaitu permainan yang membolehkan anak-anak mencipta pelbagai bentuk hanya dengan menggunakan kepingan kotak yang dipotong kepada segi tiga, empat segi dan trapesium. Anak - anak membantu guru untuk mewarna potongan yang telah dibuat oleh guru. Permainan ini bagus bagi meningkatkan kreativit dan memicu imaginasi anak-anak.
Untuk kelas 4 Ibnu Sina pula anak-anak akan menghasilkan permainan mengira bebola poppom. Cara membuatnya adalah guru akan mengunting 10 keping kotak menjadi empat segi panjang dengan ketinggian menaik lalu ditebuk lubang . 1 lubang untuk kotak yang paling pendek 2 lubang untuk kotak sedikit tinggi dari sebelumnya sehinga kotak yang paling tinggi dengan 10 luabnag. Setelah ditebuk lubang anak-anak mewarnakan kotak - kotak tersebut dan dilekatkan pada kotak yang digunting empat segi . Anak-anak diberikan pompom dan perlu menyusun pompom di lubang kotak secara berperingkat mengikut nombor pada lubang yang ditebuk .
ABM bagi anak 5 Ibnu Bathutah adalah membuat "rainbow peg board' .Guru melukis pelangi di atas kotak yang diisi dengan titik sebagai tanda untuk memudahkan kerja menebuk lubang kemudian diwarnakan mengikut peringkat warna pelangi .Setiap warna akan ditebuk lubang kemudian dicucuk dengan kutip kapas yang diwarnakan dengan warna pelangi. Anak-anak diberi tugas mewarnakan pelangi yang telah dilukis oleh guru. Setiap warna kutip kapas akan dicucuk di setiap lubang yang ada mengikut warna yang betul. Setelah permainan tersebut siap, anak-anak mula bermain dengan bersemangat. Begitu sibuk tangan anak-anak mencari warna yang betul dan dengan pantas mencucuk kapas pada lubang warna pelangi. Manakala kelas 5 Ibnu Khaldun membuat "rainbow board" . Guru melukis pelangi yang warnanya dikosongkan dengan bulatan yang akan diisi dengan bulatan bewarna yang diwarnakan dan digunting oleh anak-anak. Cara bermainnya, guru akan meletakkan bulatan berwarna secara rawak di sekeliling kelas dan anak-anak perlu mengutip bulatan itu untuk melengkapkan warna pelangi di papan pelangi yang dikosongkan. Kelas 5 Ibnu Qayyim pula membuat puzzle dengan batang aiskrim. Guru mencetak beberapa gambar kemudian selaraskan batang aiskrim yang cukup untuk dimuatkan dengan gambar. Gamkan gambar yang dicetak di atas batang aiskrim yang telah disusun.Potong antara batang aiskrim untuk buat kepingan teka-teki . Selain itu mereka juga membuat permainan padankan anggota badan haiwan pada tempat yang betul. Anak-anak menggunting nama-nama anggota badan haiwan dan dilekatkan dengan "velcro" pada bahagian belakang untuk dipadankan dengan "velcro" pada haiwan di pinggan kertas . Kedua-dua permainan ini merupakan cara terbaik untuk melatih kemahiran motor halus anak-anak.
Permainan untuk anak-anak 6 Al Battani pula adalah dam gergasi. Guru melakar garisan koatak-kotak lalu diwarnakan dengan hitam secara selang seli. Lalu anak-anak menggunting bulatan yang diwarnakan dengan warna merah dan putih . Setelah selesai mereka memulakan permainan tanpa mengetahui cara bermain yang sebenar . Lalu guru memberi tunjuk ajar cara bermain dan mereka meneruskan permainan dengan bersemangat. Sorakkan anak-anak diberikan kepada rakan yang berjaya mendapatkan mata dalam permainan.Seterusnya, bagi anak 6 Al Farabi juga membuat puzzle menggunakn kayu aiskrim tetapi dengan kaedah melukis terus di atas kayu aiskrim tersebut. Guru membantu anak-anak melukis lalu mereka sendiri mewarnakan lukisan tersebut. Sesudah selesai mewarna mereka dengan segera berseronok bermain dengan puzzle rekaan mereka sendiri dan bertukar - tukar puzzle dengan rakan mereka yang lain. Permainan terakhir merupakan permainan yang bernama plinko yang dibuat oleh anak-anak kelas 6 ibnu hayyan . Proses membuat mainan ini adalah anak-anak akan mewarnakan cawan kertas yang akan digunakan sebagai halangan untuk bola yang akan turun masuk ke dalam cawan skor markah yang berbeza. Manakala guru dibantu oleh anak-anak untuk membuat kotak plinko dan akan digamkan padanya cawan yang telah diwarnakan oleh anak-anak sebentar tadi . Dibahagian bawah sekali dilekatkan cawan yang ditulis markah berbeza bagi setiap bola yang masuk ke dalamnya.
Pada akhir program semua anak-anak terlibat secara berperingkat dalam acara permainan interaktif . Anak-anak perlu melalui beberapa tahap permainan dan masa akan diambil kira. Permainan bermula dengan 3 orang murid yang akan melengkapkan puzzle haiwan. Setelah selesai, mereka akan diberikan cop untuk diberikan kepada anak-anak di permainan yang kedua iaitu mengasingkan objek keras atau lembut. Mereka perlu memasukkan objek yang keras di dalam kotak biru manakala objek yang lembut di dalam kotak berwarna merah jambu. Permainan ketiga pula adalah "rainbow board" dimanan mereka perlu mengutip kepingan bulatan bewarna dan menyusun bulatan itu pada warna pelangi pada papan. Selanjutnya, hanya anak 5 dan tahun sahaja terlibat di dalam permainan teka silang kata.
Begitulah berakhirnya program minggu sains dan inovasi Tadika Huda Q. Alhamdulillah, semua anak-anak terlihat seronok dan bersemangat sepanjang program dijalankan. Semoga program ini memberi impak positif kepada anak-anak serta dapat menimba pengalaman dan pengetahuan yang baru.
Comments