top of page
tadikahudaq

AMBITION WEEK 15 - 19 OGOS 2022


Pada setiap tahun, Tadika Huda Q akan menyambut minggu kerjaya untuk memupuk semangat dan cita-cita dalam diri murid-murid terhadap kerjaya tertentu. Program ‘Ambition Week’ merupakan sebuah program yang akan memberi pendedahan kepada anak-anak Tadika Huda Q untuk mencipta dan membangunkan cita-cita di dalam diri mereka. Program ini akan berlangsung selama 1 minggu iaitu pada 15-19 Ogos 2022. Program ini adalah penting untuk memberikan dorongan kepada murid-murid untuk menanam cita-cita dalam diri mereka. Maka dengan itu, murid-murid akan lebih cenderung untuk menanamkan keinginan dan azam dalam diri mereka terhadap pekerjaan yang diminati. Program ini akan dilaksanakan melalui kehadiran wakil daripada pekerjaan yang terpilih seperti Polis dan Doktor serta lawatan ke Pizza Hut. Pelaksanaan program ini akan melibatkan seramai 134 orang pelajar yang terdiri daripada murid 4, 5 dan 6 tahun.


Hari pertama program ini dimulakan dengan kehadiran anggota polis bersama kereta dan motor polis. Anak-anak diberi pendedahan tentang pekerjaan polis. Pihak polis memberi "goodies" berupa coklat kepada anak-anak. Ramai anak-anak yang mula berminat dalam mengejar cita -cita sebagai seorang polis.Terutama sekali apabila mereka dapat merasakan pengalaman untuk menaiki kereta dan motor polis. Mereka turut diajar cara membunyikan siren serta bercakap menggunakannya. Bunyi siren yang kuat membuat anak-anak terkejut pada mulanya,namun selepas mereka sendiri yang membunyikannya mereka terlihat begitu teruja. Anak-anak juga berasa gembira dapat mendengar suara mereka dengan kuat dari "speaker". Begitu juga dengan motor, mereka di beri peluang menaiki motor dan membunyikan siren pada motor secara bergilir-gilir. Akhir sekali , anak-anak mengambil gambar bersama kereta polis sebagai kenang-kenangan.



Hari seterusnya, dihadiri oleh doktor dari klinik Gial bersama 2 orang jururawat . Doktor memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang pekerjaan doktor. Anak-anak juga turut diberikan soalan yang berkaitan dan menerima hadiah setelah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat. Anak-anak kemudiannya diberikan satu set peralatan doktor seperti stetoskop, oximeter untuk pantau kadar oksigen, dan lampu suluh bagi setiap kelas. Mereka menggunakan peralatan itu secara bergilir sesama mereka. Mereka juga memakai baju doktor dan merawat rakan mereka dengan peralatan yang diberikan . Seronok mereka dapat merasakan pengalaman menjadi doktor. Kehadiran sebuah ambulans ke tadika menambah lagi keseronokan mereka. Anak-anak masuk ke dalam ambulans dan dapat melihat peralatan yang ada di dalam ambulans tersebut.



Hari terakhir program dilaksanakan untuk anak-anak kelas 4 tahun, dimana mereka dibawa ke Pizza Hut Kangar untuk merasakan sendiri pengalaman membuat pizza. Ini bagi memberi pengetahuan tentang pekerjaan sebagai tukang masak . Anak-anak diberikan roti pizza dan mereka perlu meletakkan "topping" di atas roti pizza itu seperti keju,ayam dan nenas.Mereka kelihatan berminat untuk melaksanakan tugas itu. Setelah semua pizza telah siap dilengkapi "topping" anak-anak perlu menunggu untuk pizza dibakar. Anak-anak diberikan kertas untuk mereka melukis dan mewarna semasa menunggu pizza dibakar. Akhirnya pizza siap dibakar , anak-anak membawa pulang pizza yang telah mereka siapkan bersama belon yang diberikan oleh pihak pizza hut kangar. Mereka pulang ke tadika dengan bercorakkan senyuman di wajah.


2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page