top of page
tadikahudaq

HARI KESELAMATAN TADIKA HUDA Q (2022)

Updated: Aug 2, 2022


Ceramah Keselamatan Jalan Raya 26 Julai 2022





Ceramah keselamatan semasa kebakaran dan demo memadam api



Program Hari Keselamatan yang diadakan merupakan suatu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemahaman tentang keselamatan jalan raya dan tindakan apabila berlaku kebakaran. Matlamat program Hari keselamatan diadakan adalah bertujuan mendedahkan pemahaman kepada murid-murid tadika tentang keselamatan di jalan raya dan cara menghadapi jika berada di dalam situasi kecemasan seperti kebakaran. Di samping, dapat membentuk disiplin murid terutama ketika menghadapi kecemasan mahupun ketika berada di jalan raya. Oleh itu, program ini akan dijalankan selama 2 hari iaitu pada 26 dan 27 Julai 2022. Program Keselamatan ini akan melibatan Jabatan Pengangkutan Jalanraya dan Jabatan Bomba Negeri Perlis.


Bagi ceramah keselamatan yang diadakan pada 26 julai anak-anak diberi pencerahan tentang menjaga keselamatan semasa menaiki kenderaan seperti memakai tali pinggang keselamatan untuk kereta dan memakai topi keledar untuk motosikal.Bagi keselamatan pejalan kaki pula, penceramah membuat simulasi cara melintas jalan dengan selamat. Penceramah menunjukkan video cara melintas jalan dengan betul lalu meminta beberapa anak-anak yang secara sukarela untuk mencuba simulasi cara melintas seperti yang telah ditunjuk di dalam video.Beberapa anak-anak tampil ke depan secara bergilir dan menunjukkan cara melintas jalan dengan betul. Setiap anak-anak yang tampil kedepan mendapat hadiah berupa beg daripada pihak penceramah.


Sesi seterusnya anak-anak diberikan gambar lampu isyarat bagi anak 4 tahun dan gambar menaiki bas awam bagi anak 5 tahun. Mereka perlu mewarnanya dengan sehabis cantik untuk mendapat hadiah . Anak-anak bersemangat mewarna dan fokus supaya hasil mewarna mereka layak untuk mendapat hadiah. Pemenang pertama mendapat topi keledar kanak-kanak manakala saguhati mendapat beg.


Untuk aktiviti pada 27 julai pula kehadiran anggota bomba beserta "truck" bomba memberi keterujaan kepada semua anak-anak. Loceng panjang dibunyikan , anak-anak turun dan berkumpul untuk mendengar ceramah keselamatan semasa kebakaran. Anggota bomba memulakan simulasi untuk padamkan api yang berada di badan. Anggota bomba itu memulakan simulasi dengan suara teriyakan "api, api! " lalu merebahkan badan diatas lantai dan berguling beberapa kali, cara ini membantu untuk memadamkan api di badan. Anak-anak yang melihat cara itu tertawa. Kemudian beberapa anak-anak dipanggil secara sukarela untuk membuat simulasi itu .Anak-anak yang mengangkat tangan dengan bersemangat tampil ke depan lalu berguling di lantai seperti yang diajarkan .


Setelah selesai simulasi itu, anak-anak di bawa ke kawasan lapang untuk melihat demo memadam api yang dilakukan oleh guru . Guru tersebut dipakaikan pakain lengkap bomba. Kemudian anggota bomba menyalakan api, anak-anak kelihatan kagum dengan saiz api yang dinyalakan. Selepas anggota bomba mengajarkan cara menggunakan alat pemadam api, guru pun memadamkan api yang telah dinyalakan tadi. Anak-anak bertepuk tangan dengan kagum.


Sesi seterusnya pula adalah sesi mengenali perkakas yang ada di "truck" bomba. Anggota bomba bercerita sedikit sebanyak tentang perlatan mereka kepada anak-anak. Terkesima anak-anak dapat melihat "truck" bomba yang besar itu secara dekat. Mereka juga diberi peluang memegang hos air dan ditunjukkan penggunaan hos air itu. Air yang keluar dengan sangat banyak dan kuat itu membuat anak-anak berasa takjub dan bersemangat. Guru juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba penggunaan hos air itu.


Akhir sekali, sesi bergambar dengan "truck" bomba bagi setiap kelas bersama guru kelas masing-masing. Ceria anak-anak dapat menambah memori indah mereka dengan "truck" bomba yang megah itu.


Kesimpulannya, diharapkan dengan adanya program sebegini rupa dapat memupuk pemahaman tentang kepentingan keselamatan diri semasa menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran mahupun ketika berada di jalan raya terutamanya kepada kanak-kanak. Hal ini kerana pendedahan awal perlu ditekankan agar keselamatan mereka akan sentiasa terjamin

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια


bottom of page