top of page
tadikahudaq

PIBG THQ 2022

HARI PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TADIKA HUDA Q





Pihak Tadika Huda Q akan mengadakan Perjumpaan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) untuk Sesi Persekolahan 2022/2023. Bagi setiap sesi, ibu bapa diberikan masa dalam 30 minit untuk berbincang dengan guru perkaitan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid di tadika.


Perjumpaan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) ini bertujuan untuk memberitahu sedikit sebanyak maklumat mengenai perkembangan dan pembelajaran murid Tadika Huda Q kepada ibu bapa. Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dan guru akan berbincang mengenai prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid di tadika dan juga di rumah. Ibu bapa diharapkan dapat memberi kerjasama dalam memberi respon yang baik terhadap prestasi anak-anak di tadika.


Guru juga berharap yang ibu bapa dapat memberitahu sedikit sebanyak maklumat berkaitan murid di rumah kepada guru. Selain itu, pihak tadika juga berharap yang ibu bapa dapat memberi kerjasama yang efektif dalam melibatkan diri berkaitan pembelajaran dari segi bacaan murid di rumah agar sentiasa memperoleh prestasi yang baik di rumah dan juga di tadika. Di samping itu juga, diharapkan yang ibu bapa dapat sentiasa mengambil inisiatif untuk sentiasa membantu murid dalam mengiatkan diri menyertai segala program yang diadakan di tadika. Oleh itu, diharapkan dengan adanya Perjumpaan Ibu Bapa Dan Guru ini dapat membantu ibu bapa dan guru dalam merealisasikan visi dan misi tadika.


Justeru itu, dengan adanya perjumpaan PIBG ini, murid akan dapat digilap lagi kebolehan dan perkembangan diri anak-anak supaya menjadi yang lebih cemerlang dan cenderung menjadi insan yang soleh dan solehah.

3 views0 comments

Comments


bottom of page