Ceramah pemakanan sihat - disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan daripada Klinik Kesihatan Arau
Puan Noor Mastura Binti Mohamed Zakaria (pegawai sains pemakanan C41) dan Tim sedang memberi ceramah.
Kehidupan pelajar pada masa kini semakin terpengaruh dengan amalan pemakanan tidak seimbang dan kurang menjaga kesihatan badan. Mereka lebih gemar mengambil makanan ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Cara pemakanan yang tidak sihat ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah pelajar, disamping cenderung mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya seperti obesiti.
Pelajar seharusnya diberi kesedaran terhadap pengekalan tahap kecergasan fizikal secara optimum supaya kesihatan dan kecergasan dapat mencegah penyakit yang merbahaya serta dapat membentuk peribadi mulia. Oleh sebab itu pihak tadika mengambil inisiatif mengadakan satu program khas untuk pelajar iaitu pemakanan sihat membentuk sahsiah gemilang.
Aktiviti untuk 4 tahun adalah Kenali Piramid Makanan, anak-anak diberi cabaran untuk memegang bola dan berjalan di atas bangku kemudian perlu menyusun makanan mengikut aras piramid. Setelah itu mereka perlu berjalan semula di atas bangku sambil memegang bola dan memberinya kepada anak yang lain.
Seterusnya 5 tahun membuat aktiviti Berbelanja Cara Sihat anak-anak diberi kertas dengan dua jenis gambar snek yang satunya berkhasiat dan satu lagi gambar snek yang tidak sihat . Mereka perlu mewarna gambar snek yang sihat . Setelah itu mereka akan menggunting serta menampal di papan putih. Aktiviti ini bagi memberi pengetahuan kepada anak-anak dalam memilih jenis makanan yang sihat untuk kesihatan tubuh badan.
Bagi anak 6 tahun, aktiviti mereka adalah Cef Cilik , anak-anak bersama fasilitator akan menyediakan sandwich telur . Tetapi sebelum itu mereka di ajar cara yang tepat untuk mencuci tangan dengan bersih . Terdapat 7 langkah untuk membasuh tangan yang perlu mereka guna pakai. Setelah di ajar caranya, anak-anak pun membasuh tangan untuk memulakan aktiviti membuat sandwich telur. Bagi menambahkan rasa ingin makan makanan yang berkhasiat seperti sandwich telur ini, pakar pemakanan mensyorkan untuk membuat wajah di atas roti itu. Mula-mula mereka perlu meratakan "mayonese" ke atas roti lalu menggunakan telur hancur sebagai mata, timun sebagai hidung , tomato sebagai mulut dan "salad" sebagai rambut.
Setiap akhir aktiviti, semua anak-anak diberikan hadiah daripada pihak penceramah dan mengambil gambar bersama-sama. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga pemakanan mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini penting bagi membantu anak-anak untuk mencapai kesejahteraaan diri melalui aspek tersebut. Aspek pemakanan ini sangat penting untuk ditekankan pada peringkat awal anak-anak lagi bagi mengelakkan dan mengurangkan berlakunya isu-isu seperti kesakitan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, program Kempen Makanan sihat ini perlu dilaksanakan kepada anak-anak untuk memberi pendedahan kepada mereka agar sentiasa menjaga pemakanan dengan baik melalui aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program yang dianjurkan.
Comments