Taman Agrovet Perlis
Taman Agrovet Perlis atau dahulunya di kenali sebagai Taman Agrolancong Bt20 atau Ostrich Farm yang Kendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis.Tempat ini dipilih sebagai tempat lawatan anak-anak 5 tahun.Taman Agrovet ini menempatkan burung unta, kuda padi, burung merak dan rusa .Lokasi tersebut sangat sesuai untuk dikunjungi oleh kanak-kanak yang cukup teruja melihat burung unta, rusa dan kuda secara lebih dekat.
Aktiviti terutama sekali sudah tentulah melihat haiwan-haiwan di sini. Anak-anak dapat melihat pelbagai spesis haiwan liar . Mereka kelihatan amat teruja apabila dapat melihat banyak rusa di kandang. Saat berkunjung ke kandang kuda, anak-anak begitu kagum dengan saiz kuda yang besar dan tinggi begitu juga dengan burung unta. Bagi anak yang pertama kalinya melihat burung unta secara langsung , pasti berasa menajubkan.
Bukan itu sahaja anak-anak juga tidak melepaskan peluang untuk memegang haiwan seperti kuda padi. Kemudian anak-anak juga dapat melihat kura-kura di kolam. Setelah itu kehadiran burung merpati putih menarik minat anak-anak. Tidak lupa juga untuk memberi makan burung-burung itu. Kandang ayam, itik dan burung merak juga dilawati oleh anak-anak . Anak-anak terlihat kagum dengan keunikan burung merak di sana.
Akhir sekali,diharapkan lawatan sambil belajar ke Taman Agrovet ini dapat membuka minda murid untuk lebih aktif dan mendapat pengalaman yang baharu mengenai pelbagai jenis haiwan.
Comments