top of page
tadikahudaq

LAWATAN SAMBIL BELAJAR ( 6 Tahun )

Ladang Buah-buahan Eksotik



Program lawatan sambil belajar ke Ladang Buah-buahan Eksotik atau yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Anggur merupakan program untuk 6 tahun.Di Ladang Buah-buahan Eksotik terdapat pelbagai jenis Buah-buahan Eksotik contoh anggur,naga serta lain-lain.Program ini dilaksanakan bagi menimbulkan rasa minat murid-murid untuk mengunjungi tempat-tempat pertanian yang terdapat di Negeri Perlis.








Aktiviti dimulakan dengan anak-anak memberi makan kepada ikan di tasik. Semasa di tasik anak-anak kelihatan teruja melihat tasik yang cukup luas dan dipenuhi dengan ikan yang sangat banyak ketika mereka memberi makan ikan. Segelintir anak-anak juga berasa sedikit takut dengan munculnya ikan yang bersaiz besar. Suara keriangan ditambah pula jeritan kegembiraan memeriahkan suasana di sana. Suasana laman yang begitu luas cukup untuk membuat anak-anak aktif, ditambah pula dengan pemandangan yang cukup indah sudah tentu sekali mereka berasa seronok dan gembira


Kemudian anak-anak meneruskan aktiviti mereka dengan melihat pokok dan buah anggur . Guru turut bercerita serba sedikit mengenai buah anggur yang ditanam . Ketika itu dapat melihat reaksi mereka untuk lebih tahu tentang tanaman anggur disana, terutama anak-anak yang pertama kali melihat tanaman anggur, riak wajah mereka begitu bersemangat.


Seterusnya , anak-anak dibawa melawat laman "superfruit" dimana mereka dapat melihat buah gac dan juga buah naga.Dengan bentuk yang luar biasa bagi kedua buah ini, anak-anak memerhatikan buah-buah itu dengan kebingungan . Guru juga memberi info tentang hasiat yang banyak apabila memakan buah tersebut.


Aktiviti yang terakhir, anak-anak dibahagikan kedalam beberapa kumpulan kecil untuk membuat kraf kolaj . Tema untuk kraf kolaj ini diambil dari aktiviti yang anak-anak telah lalui, dimana beberapa kumpulan perlu membuat kolaj untuk gambar ikan manakala beberapa kumpulan lagi membuat kolaj gambar anggur. Bersemangat mereka menyiapkan kolaj tersebut.

Setelah selesai, anak-anak tidak lupa untuk bergambar bersama hasil kolaj yang telah mereka lakukan bersama-sama tadi.


Semasa berada di dalam bas untuk pulang, rasa keseronokkan anak-anak masih membara. Mereka ungkapkan rasa itu dengan benyanyi dengan riang tanpa tahu erti lelah setelah lama berjalan di ladang anggur sebentar tadi . Suara riuh nyanyian mereka didengari sehingga sampai ke Tadika dengan selamat.


Pihak Tadika berharap agar lawatan ini dapat memberi pengetahuan yang baru, pengalaman bahagia dan memori yang indah untuk mereka ingati nanti.





9 views0 comments

Bình luận


bottom of page