top of page
tadikahudaq

LAWATAN SAMBIL BELAJAR ( 4 Tahun )

Perpustakaan Kanak- Kanak Kangar


Pihak perpustakaan membacakan buku cerita kepada kanak-kanak



Program lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Kanak-kanak Kangar merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan perpustakaan. Perpustakaan merupakan satu tempat ilmu dan rujukan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran.Kepentingan program ini untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan berkunjung ke perpustakaan di awal usia 4 tahun.Selain itu,tujuan lawatan ini adalah untuk melatih murid-murid untuk menguruskan diri di tempat baru dan mengaplikasikan adab di tempat awam.


Antara aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak adalah pertama adalah mewarna, anak-anak perlu mewarna gambar rama-rama yang selepas itu akan digunting bentuknya dan dilekatkan di hujung pensil sebagai dekorasi pensil tersebut.


Seterusnya, anak-anak perlu mencantumkan "puzzle" menjadi sebuah gambar yang lengkap.Anak-anak amat bersemangat dan juga fokus untuk menyelesaikan "puzzle" tersebut. Mereka juga mengambil gambar bersama "puzzle" yang telah mereka mereka siapkan.


Kemudian pihak tadika membacakan sebuah buku cerita kepada anak-anak, teruja mereka mendengar kisah dari buku itu. Selepas itu , anak-anak memilih buku yang menarik perhatian mereka untuk dilihat. Seronok mereka melihat buku yang serba unik disana.


Akhir sekali anak-anak diberi peluang bermain di dalam kolam yang dipenuhi bola berwarna warni, bahagia tak terkata terpancar dari wajah mereka semasa bermain, seperti sudah lama menunggu saat itu muncul. Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberi pengetahuan baru dan manfaat kepada murid-murid THQ serta mendapat keberkatan dari Allah s.w.t


9 views0 comments

Comentários


bottom of page